Tuesday 23 July 2013

PERANAN AHLI MAJLIS SUKAN SEKOLAH

 GURU BESAR / PENGETUA
- Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta menyediakan Rancangan Kemajuan Sukan   Sekolah.
· Mendapatkan maklumat daripada guru-guru berkaitan kebolehan, kecenderungan dan pengalaman yang ada pada guru-guru.
· Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan perancangan dan agenda sistem sukan di sekolah.
· Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang akan dijalankan.
· Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu sukan / permainan dijalankan.

PK KOKURIKULUM
· Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang sukan.
· Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.
· Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.
· Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru.
· Memastikan pelaksanaan aktiviti.
· Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.
· Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak pengurusan lebih tinggi (Guru  Besar Pengetua, PPD, JPN, KPM).
· Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
· Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.

SETIAUSAHA SUKAN
· Merancang program sukan secara keseluruhan.
· Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta aktiviti dan program pembangunan sukan.
· Membantu guru gesar / pengetua dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaik-baiknya dibuat
penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
· Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
· Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.
· Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.
· Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan.
· Menyediakan papan maklumat berkenaan dengan aktiviti sukan di sekolah.
· Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang diperlukan.
· Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
· Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan dan kemudahan sukan.
· Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)” penggunaan
peralatan sukan.
· Mewakili guru besar / pengetua bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan mengikut keperluan dan arahan guru besar / pengetua.
· Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta memastikan
peraturan dipatuhi.
· Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti sukan di sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya dalam satu sistem pelaporan.
· Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem rekod.
· Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan HEM / penolong kanan Kokurikulum
hal-hal berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
· Tugas- tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.

KETUA GURU RUMAH SUKAN
· Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
· Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.
· Membuat mesyuarat agung rumah sukan.
· Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar.
· Mengendalikan secara bersama dengan setiausaha sukan aktiviti sukan di sekolah.
· Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod
· Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.

GURU RUMAH SUKAN
· Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
· Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
· Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah.
· Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau setiausaha sukan.
· Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
· Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
· Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan menjalankan hal-hal pengurusan rumah sukan.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.

GURU PENASIHAT PERMAINAN
· Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah.
· Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan (jika berkaitan).
· Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah.
· Merancang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
· Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih berkemahiran.
· Memastikan dan berusaha boleh dijadikan tempat rujukan pelajar bagi peraturan-peraturan dan kemahiran asas permainan.
· Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim dan jadual yang ditetapkan.
· Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.
· Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.
· Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan.
· Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk semua aktiviti yang dijalankan.
· Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandingan (perlawanan) yang disertai.
· Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan pasukan.
· Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan peralatan.
· Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan.
· Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
· Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkat kualiti pasukan.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar /  pengetua dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment