Friday 12 July 2013

Fungsi & Bidang Tugas


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
 
Bidang Tugas
1.    Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2.    Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3.    Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal Kurikulum,pentadbiran,hubungan masyarakat dan keselamatan.
4.    Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5.    Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
6.    Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Terdapat 5 fungsi utama dalam tugas Penolong Kanan Pentadbiran:

1.Kurikulum
            1.1       Menentukan  rancangan pelajaran harian,mingguan,penggal dan lain-lain.
            1.2       Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1.3       Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan,pusat sumber,        makmal dan bengkel.
1.4       Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
1.5       Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih,guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
1.6       Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan Kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
1.7       Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
1.8       Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.9       Menyelaras segala jenis program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah,Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
1.10    Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan.
1.11    Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.

2.Pengurusan
            2.1       Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
2.2       Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan,kursus,dan latihan untuk guru dan staf sokongan.
2.3       Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/atau maklumat.
2.4       Membantu merancang takwim sekolah.
2.5       Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.6       Membantu menyeliakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7       Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
2.8       Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.9       Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10    Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah.
2.11    Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.

3. Pembangunan Diri Pelajar
3.1       Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah;keceriaan/keindahan dan kebersihan sekolah.
3.2       Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran
3.3       Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

4. Pembangunan Organisasi
4.1       Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ masyarakat.
4.2       Mengadakan kursus/latihan untuk personel.

5.Pembangunan Kendiri
            5.1       Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
            5.2       Menghadiri kursus,seminar dan bengkel
            5.3       Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
            5.4       Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5       Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6       Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

SETIAUSAHA KURIKULUM
            1.         Menentukan  rancangan pelajaran harian,mingguan,penggal dan lain-lain.
            2.         Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
3.         Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan,pusat sumber,        makmal dan bengkel.
4.         Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
5.         Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih,guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
6.         Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan Kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
7.         Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
8.         Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
9.         Menyelaras segala jenis program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah,Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
10.       Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan.
11.       Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.


KETUA PANITIA

Tugas-tugas dan tanggungjawab Ketua Panitia

1.   Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun serta mengadakan perjumpaan-perjumpaan ‘ad-hoc’(tergempar) jika perlu untuk membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan.
2.    Membantu menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran.
3.    Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemas kini oleh semua guru dalam panitianya.
4.    Bertanggungjawab terhadap penyediaan Rancangan Mengajar Tahunan yang diselaraskan oleh guru-guru dalam sesuatu tahun.
5.    Mengkaji,memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan,bahan-bahan bacaan tambahan atau ABM yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.
6.    Menyelaraskan soalan-soalan dan permarkahan bagi segala penilaian,ujian dan peperiksaan serta memastikan tugas penyediaan kertas peperiksaan diagihkan dengan adil dan memastikan penyediaan JPU untuk setiap kertas peperiksaan.
7.    Mengkaji dan menilai prestasi murid dalam setiap peperiksaan serta membuat analisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan.
8.    Menyediakan dan merancang aktiviti murid dalam mata pelajaran berkenaan.
9.    Membuat pemerhatian, mengambil tahu dan melaporkan kepada Penolong Kanan Satu tentang hasil kerja murid serta kelemahan/kekuatan atau masalah guru-guru dalam panitianya.
10. Memastikan supaya bahan-bahan pengajaran serta alat-alat bantu mengajar digunakan dengan sebaik-baiknya.
11. Mencari langkah-langkah untuk mengatasi sebarang kelemahan  dan kekurangan yang dihadapi dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.
12. Menyelenggrakan fail-fail panitia yang berkenaan menurut arahan yang ditetapkan oleh PPD.
13. Memastikan semua minit mesyuarat diedarkan kepada ahli-ahli panitianya dan fail minit mesyuarat disimpan dengan baik untuk semakan pada bila-bila masa. Satu set minit mesyuarat harus diberikan kepada PK1.
14. Bekerjasama dengan panitia lain dalam usaha kea rah memajukan prestasi murid-murid yang lemah.
15. Menghadiri Mesyuarat Panitia Daerah dan menjalankan aktiviti yang dirancang dengan Panitia sekolah.
16. Menyampaikan segala maklumat /pesanan atau perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Kurikulum kepada semua guru dalam panitia.
17. Memastikan guru-guru dalam panitia menghabiskan sukatan pelajaran dan buku kerja pada hujung tahun.

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

Tugas-tugas dan tanggungjawab Setiausaha Peperiksaan

1.Setiausah Peperiksaan Awam
1.1       Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan UPSR.
1.2       Menentukan segala hal tentang peperiksaan dan syarat-syarat kemasukan serta pindaan dari semasa ke semasa.
1.3       Menyebarkan segala maklumat peperiksaan kepada guru-guru dan murid-murid.
1.4       menguruskan pendaftaran calon termasuk menyemak Borang Kemasukan calon,bayaran dan butiran dalam Borang Kemasukan Peperiksaan dengan bantuan Guru Kelas.
1.5       Mendapatkan jadual peperiksaan bertulis,lisan dan meyampaikannya kepada guru-guru dan murid-murid.
1.6       Menyediakan pelan tempat duduk calon Peperiksaan bertulis dengan bantuan guru-guru kelas.
1.7       Menyediakan jadual ujian lisan.
1.8       Menguruskan permohonan pertukaran pusat Peperiksaan.
1.9       Menyediakan dewan/bilik peperiksaan dengan bantuan guru-guru kelas.
1.10    Melaporkan calon cacat kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
1.11    Mengambil slip keputusan peperiksaan dari JPN.
1.12    Bertanggungjawab membuat analisis secara keseluruhan dan individu tentang keputusan peperiksaan.

2.Setiausaha Sekolah
2.1       Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal berkaitan dengan peperiksaan-peperiksaan sekolah,iaitu Ujian Bulanan,Peperiksaan Pertengahan Tahun,Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan Akhir Tahun.
2.2       Merancang dan menyediakan jadual waktu bagi semua peperiksaan sekolah.
2.3       Memastikan kertas-kertas peperiksaan sedia dan disimpan dalam keadaan yang selamat lengkap dengan Borang Data Peperiksaan.
2.4       Memastikan kertas-kertas soalan yang mencukupi diterima oleh guru pengawas sebelum peperiksaan dan memastikan kertas-kertas jawapan murid diterima oleh guru-guru untuk diperiksa.
2.5       Memastikan peperiksaan berjalan dengan lancer dan menyelesaikan segala masalah yang timbul sewaktu peperiksaan.

GURU MEDIA
1.    Menyelaras semua program yang dirancang.
2.    Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan dan mengadakan mesyuarat.
3.    Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
4.    Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan.
5.    Menceriakan PSS
6.    Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
7.    Membantu melaksanakan program Perkembangan Staf.
8.    Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.

GURU PEMULIHAN
1.Tugas Guru Pemulihan ialah mencari murid yang lemah dalam sesuatu subjek seterusnya menjalankan Kelas Pemulihan.
2.Bagi kelas Pemulihan Khas,ujian saringan dijalankan bagi mengenal pasti murid yang lemah.
3.Seterusnya guru pemulihan akan membuat ujian diagnostik bagi menjalankan kelas pemulihan.



No comments:

Post a Comment