PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Bidang
Tugas
1. Menjalankan
tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab
kepada Pengetua dalam hal Kurikulum,pentadbiran,hubungan masyarakat dan
keselamatan.
4. Membantu
Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu
Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
6. Membantu
Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Terdapat 5 fungsi utama dalam tugas Penolong Kanan
Pentadbiran:
1.Kurikulum
1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian,mingguan,penggal
dan lain-lain.
1.2 Memastikan perjalanan panitia mata
pelajaran.
1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi
pendidikan,pusat sumber, makmal
dan bengkel.
1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan
bahan-bahan sumber pendidikan.
1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan
mengajar bagi guru pelatih,guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak
terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang
berkaitan dengan Kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal
yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan
susulan.
1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan
kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.9 Menyelaras segala jenis program Kurikulum
yang dianjurkan oleh sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah,Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan.
1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan
Pusat Sumber dan buku bacaan.
1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta
menyediakan jadual waktu ganti.
2.Pengurusan
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan
staf sokongan sekolah.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan,kursus,dan
latihan untuk guru dan staf sokongan.
2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras
kutipan data/atau maklumat.
2.4 Membantu merancang takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan
staf sokongan.
2.6 Membantu menyeliakan anggaran belanjawan
tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan
untuk urusan audit tahunan.
2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10 Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah.
2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori
peralatan sekolah.
3.
Pembangunan Diri Pelajar
3.1 Membantu merancang dan menyelia program
budaya sekolah;keceriaan/keindahan dan kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan
mencegah kebakaran
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran
pelajar.
4. Pembangunan
Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara
sekolah dengan ibu bapa/ masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus/latihan untuk personel.
5.Pembangunan
Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan
Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus,seminar dan bengkel
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan
pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang
ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang
pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam
persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
SETIAUSAHA
KURIKULUM
1. Menentukan rancangan pelajaran harian,mingguan,penggal
dan lain-lain.
2. Memastikan perjalanan panitia mata
pelajaran.
3. Membantu penyediaan peralatan teknologi
pendidikan,pusat sumber, makmal
dan bengkel.
4. Menentukan penggunaan dan
penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
5. Membantu serta membimbing dalam latihan
mengajar bagi guru pelatih,guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak
terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
6. Mengkaji segala jenis laporan yang
berkaitan dengan Kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
7. Membantu merancang dan menyelaras
hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan
tindakan susulan.
8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan
kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
9. Menyelaras segala jenis program
Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah,Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
10. Membantu di dalam pemilihan buku teks,
bahan Pusat Sumber dan buku bacaan.
11. Menyusun jadual waktu kelas dan guru
serta menyediakan jadual waktu ganti.
KETUA
PANITIA
Tugas-tugas dan tanggungjawab Ketua Panitia
1. Mengadakan
mesyuarat 4 kali setahun serta mengadakan perjumpaan-perjumpaan ‘ad-hoc’(tergempar) jika perlu untuk membincangkan masalah pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran berkenaan.
2. Membantu
menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran.
3. Menentukan
penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemas kini oleh semua guru dalam panitianya.
4. Bertanggungjawab
terhadap penyediaan Rancangan Mengajar Tahunan yang diselaraskan oleh guru-guru
dalam sesuatu tahun.
5. Mengkaji,memilih
dan mencadangkan buku-buku rujukan,bahan-bahan bacaan tambahan atau ABM yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran para murid dan kegunaan guru-guru untuk
dibekalkan di pusat sumber sekolah.
6. Menyelaraskan
soalan-soalan dan permarkahan bagi segala penilaian,ujian dan peperiksaan serta
memastikan tugas penyediaan kertas peperiksaan diagihkan dengan adil dan
memastikan penyediaan JPU untuk setiap kertas peperiksaan.
7. Mengkaji
dan menilai prestasi murid dalam setiap peperiksaan serta membuat analisa
keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan.
8. Menyediakan
dan merancang aktiviti murid dalam mata pelajaran berkenaan.
9. Membuat
pemerhatian, mengambil tahu dan melaporkan kepada Penolong Kanan Satu tentang
hasil kerja murid serta kelemahan/kekuatan atau masalah guru-guru dalam
panitianya.
10. Memastikan
supaya bahan-bahan pengajaran serta alat-alat bantu mengajar digunakan dengan
sebaik-baiknya.
11. Mencari
langkah-langkah untuk mengatasi sebarang kelemahan dan kekurangan yang dihadapi dalam mesyuarat
panitia mata pelajaran.
12. Menyelenggrakan
fail-fail panitia yang berkenaan menurut arahan yang ditetapkan oleh PPD.
13. Memastikan
semua minit mesyuarat diedarkan kepada ahli-ahli panitianya dan fail minit
mesyuarat disimpan dengan baik untuk semakan pada bila-bila masa. Satu set
minit mesyuarat harus diberikan kepada PK1.
14. Bekerjasama
dengan panitia lain dalam usaha kea rah memajukan prestasi murid-murid yang
lemah.
15. Menghadiri
Mesyuarat Panitia Daerah dan menjalankan aktiviti yang dirancang dengan Panitia
sekolah.
16. Menyampaikan
segala maklumat /pesanan atau perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat
Kurikulum kepada semua guru dalam panitia.
17. Memastikan
guru-guru dalam panitia menghabiskan sukatan pelajaran dan buku kerja pada
hujung tahun.
SETIAUSAHA
PEPERIKSAAN
Tugas-tugas dan tanggungjawab Setiausaha Peperiksaan
1.Setiausah Peperiksaan Awam
1.1 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam
hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan UPSR.
1.2 Menentukan segala hal tentang peperiksaan
dan syarat-syarat kemasukan serta pindaan dari semasa ke semasa.
1.3 Menyebarkan segala maklumat peperiksaan
kepada guru-guru dan murid-murid.
1.4 menguruskan pendaftaran calon termasuk
menyemak Borang Kemasukan calon,bayaran dan butiran dalam Borang Kemasukan
Peperiksaan dengan bantuan Guru Kelas.
1.5 Mendapatkan jadual peperiksaan
bertulis,lisan dan meyampaikannya kepada guru-guru dan murid-murid.
1.6 Menyediakan pelan tempat duduk calon
Peperiksaan bertulis dengan bantuan guru-guru kelas.
1.7 Menyediakan jadual ujian lisan.
1.8 Menguruskan permohonan pertukaran pusat
Peperiksaan.
1.9 Menyediakan dewan/bilik peperiksaan
dengan bantuan guru-guru kelas.
1.10 Melaporkan calon cacat kepada Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
1.11 Mengambil slip keputusan peperiksaan dari
JPN.
1.12 Bertanggungjawab membuat analisis secara
keseluruhan dan individu tentang keputusan peperiksaan.
2.Setiausaha Sekolah
2.1 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam
hal-hal berkaitan dengan peperiksaan-peperiksaan sekolah,iaitu Ujian
Bulanan,Peperiksaan Pertengahan Tahun,Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan
Akhir Tahun.
2.2 Merancang dan menyediakan jadual waktu
bagi semua peperiksaan sekolah.
2.3 Memastikan kertas-kertas peperiksaan
sedia dan disimpan dalam keadaan yang selamat lengkap dengan Borang Data
Peperiksaan.
2.4 Memastikan kertas-kertas soalan yang
mencukupi diterima oleh guru pengawas sebelum peperiksaan dan memastikan
kertas-kertas jawapan murid diterima oleh guru-guru untuk diperiksa.
2.5 Memastikan peperiksaan berjalan dengan
lancer dan menyelesaikan segala masalah yang timbul sewaktu peperiksaan.
GURU MEDIA
1. Menyelaras
semua program yang dirancang.
2. Membentuk
Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan dan mengadakan mesyuarat.
3. Menyediakan
jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
4. Menyediakan
undang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan.
5. Menceriakan
PSS
6. Memberi
khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
7. Membantu
melaksanakan program Perkembangan Staf.
8. Bertindak
sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.
GURU
PEMULIHAN
1.Tugas Guru Pemulihan ialah
mencari murid yang lemah dalam sesuatu subjek seterusnya menjalankan Kelas
Pemulihan.
2.Bagi kelas Pemulihan
Khas,ujian saringan dijalankan bagi mengenal pasti murid yang lemah.
3.Seterusnya guru pemulihan
akan membuat ujian diagnostik bagi menjalankan kelas pemulihan.
No comments:
Post a Comment