Berlari
, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi
manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai
makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan
dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya
dipertandingkan.
Dari
masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan
yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata
dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics)
yang merangkumi acara-acara berlari , melompat dan melontar . Mereka
yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan (
lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ).
SEJARAH AWAL
Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang
1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini
sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka
olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno
yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan
tempat bermulanya tamadun manusia.
Dengan
kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga,
walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi
lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of
sports , acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh,
iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun
656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.
PERKEMBANGAN AWAL
Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan
Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat
tahun sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi .
Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.
Walaupun
tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia tetap
meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari
sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini
kerana negara lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga
abad ke 17.
Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military
College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun
1812. Lima tahun kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab
itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di
England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850,
sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford
University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud
hingga sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di
England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa
yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat.
Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866
oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan
menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga
Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan
sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia
pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada
awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika
Syarikat.
Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke
beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet
bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan
oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan
peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi
dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.
Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan
khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak
rasmi yang menjadi ukuran kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan
Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia
dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta
Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari
Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika
Syarikat , Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika
dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka
capai masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan
Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika
Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik.
Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat.
Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat
kawasan , kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia
juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah
diadakan .
Daripada
kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian
dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa.
Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet
negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia
ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam
kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana
badan atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (
tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara
wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar.
Tanpa olahraga , tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah,
malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga
Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa.
Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron
Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang
peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah
peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga
merupakan acara yang pertama dipertandingkan .
Selepas
daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh . Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil
bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara
yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil
bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di
Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat
berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal
untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan
Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana
menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara
lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada
satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di
Barcelona pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil,
belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan.
Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan
faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas,
iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan
wang
berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah
penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini , walaupun
mendapat tentangan , namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi
ahli-ahli sukan yang terlibat.
Organisasi
badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan
kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur
Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang
ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di
dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini
termasuklah negara kita.
Setiap
kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet
terkenal di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional ,
maka skop , peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas.
Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang
mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh eseorang
atlet.
Untuk
menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik ,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain
yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan
Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula
terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan
sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar
ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF
bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang
berkaitan dengan bidang sukan ini.
Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas
biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu.
Mereka ini menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan
sebagainya. Malah dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang
diadakan melibatkan kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.
Olahraga Wanita
Sejarah
olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada
kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita
bukan sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak
dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman
sebelum masihi lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum
wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.
Sukan
yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun
sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki.
Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah,
termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu
menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.
Menyedari
peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia,
maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita
diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International.
Tujuan utama penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan
Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik
pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan
Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak
itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah
dilupai.
OLAHRAGA
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang
Acara Balapan
Semua
acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau
litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu
acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang
di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari
berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan
jauh dan berjalan kaki.
Acara balapan ialah :-
1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter
2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400
3. Lari berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter
4. Steeplechase
a) 3,000 meter
5. Lari jarak sedarhana dan jauh
a) 800 meter
b) 1,500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter
e) 10,000 meter
6. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km
Acara-acara Padang
1. Acara lompatan
2. Acara balingan
Terdapat dua jenis acara lompatan:
a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.
1. Acara Balingan :
a) lempar cakera
b) rejam lembing
c) lempar tukul
d) lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :
a) Decathlon
b) Penthathlon
c) Marathon
d) Merentas desa
No comments:
Post a Comment