PERATURAN AM
|
|||||
PERATURAN 1 : PENGELOLAAN
|
|||||
Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSM diserahkan kepada Majlis
Sukan Sekolah Malaysia yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan
pertandingan kepada mana-mana Majlis Sukan Sekolah Negeri atau satu
Jawatankuasa Khas MSSM yang dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSM.
|
|||||
PERATURAN 2 : UNDANG-UNDANG PERMAINAN
|
|||||
Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan
menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun
dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang yang menguasai
pertandingan permainan MSSM.
Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang
permainan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan
Sukan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM akan menjadi
undang-undang rasmi pertandingan.
|
|||||
PERATURAN 3 : KELAYAKAN
|
|||||
3.1
|
Peserta
|
||||
3.1.1
|
Kelayakan Am
|
||||
3.1.2
|
Murid Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain
|
||||
3.1.3
|
Murid Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan.
|
||||
3.1.4
|
Murid Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia
|
||||
3.2
|
Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
MSSN adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan permainan MSSM.
Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut
kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu
ketetapan khas.
|
||||
PERATURAN 4 : HAD UMUR PESERTA
|
|||||
4.1
|
Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:
|
||||
4.2
|
Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
|
||||
4.3
|
Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat
umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
|
||||
4.4
|
Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan
umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
|
||||
4.5
|
Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah
bersedia menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola. Seseorang
peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran
KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran Negara.
|
||||
4.6
|
Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua
/ Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.
|
||||
4.7
|
Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (Borang
R 01 / M 01) secara individu berserta gambar ukuran pasport dengan
menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh
Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan dengan
pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Agung MSSN
masing-masing.
|
||||
PERATURAN 5 : PENDAFTARAN
|
|||||
5.1
|
Setiap MSSN hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta sebagaimana yang telah ditetapkan ( Rujuk Lampiran A )
|
||||
5.2
|
Pasukan yang mempunyai peserta perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih pegawai wanita.
|
||||
5.3
|
Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu
hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan.
Sebarang pindaan diborang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani
oleh Yang DiPertua / Setiausaha Agung MSSN dengan cop rasmi.
|
||||
5.4
|
Jawatankuasa Pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta
semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang
Pendaftaran Individu (R01, M 01) serta dokumen sokongan tertentu yang
lengkap (Lampiran B).
|
||||
PERATURAN 6 : PENGADIL / HAKIM
|
|||||
6.1
|
Setiap MSSN dikehendaki menghantar pengadil / hakim bertauliah yang
terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran sepertimana bilangan
yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran A)
|
||||
6.1.1
|
Sekirannya MSSN yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan khidmat
Pengadil / Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran,
kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Urus
Setia MSSM .
|
||||
6.2
|
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menyediakan elaun bertugas dan
kemudahan yang bersesuaian kepada Pengadil/Hakim semasa berada di
sebarang kejohanan kelolaan MSSM.
|
||||
6.3
|
Surat lantikan pengadil akan dikeluarkan oleh Urus Setia MSSM manakala
tuntutan perjalanan dan makan pengadil/hakim ke tempat pertandingan akan
ditanggung oleh MSSN.
|
||||
PERATURAN 7 : PENGERUSI TEKNIK PERMAINAN MSSN
|
|||||
7.1
|
Semua MSSN dikehendaki menghantar Pengerusi Teknik dan Pembangunan
Sukan MSSN / Wakil masing-masing ke Mesyuarat Pengerusi Teknik
Permainan berkenaan yang diadakan sebelum Kejohanan Permainan MSSM
walaupun tidak menyertai kejohanan tersebut.
|
||||
7.2
|
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM hendaklah menyediakan tempat mesyuarat dan keperluan mesyuarat.
|
||||
PERATURAN 8 : PEGAWAI PASUKAN
|
|||||
8.1
|
Pegawai Pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan
Pelajaran. Jika sekiranya sesuatu pasukan menggunakan khidmat pegawai
yang bukan daripada pegawai perkhidmatan pelajaran khasnya jurulatih
(pegawai luar), mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh
disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai tersebut hanya
bertaraf penonton atau pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar hendaklah
dibuat di luar permainan.
|
||||
8.2
|
Semua pegawai pasukan (Ketua Kontinjen, Pengurus Pasukan dan Penolong,
Jurulatih dan pegawai-pegawai lain) hendaklah sentiasa memelihara dan
mematuhi etika sebagai seorang pegawai perkhidmatan pelajaran
bersesuaian dengan penjawat awam, berimej bersih dan menunjukkan
tindak-tanduk serta tauladan yang baik semasa menjalankan tugas.
|
||||
8.3
|
Semua Pengurus / Pegawai Pasukan MSSN hendaklah hadir dan memberikan
kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola terutama dalam majlis rasmi
kejohanan seperti pembukaan rasmi, taklimat kejohanan, jamuan rasmi,
mesyuarat-mesyuarat dan majlis penyampaian hadiah sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
|
||||
8.4
|
Pengurus / Pegawai Pasukan MSSN adalah bertanggungjawab dengan tidak
meninggalkan kejohanan sebelum tamat dan mengaturkan perjalanan pasukan
pada waktu siang sahaja serta menjaga keselamatan harta benda serta
kerosakan semasa menginap di tempat penginapan.
|
||||
PERATURAN 9 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA
|
|||||
Selain daripada kerja-kerja tertentu mengikut Perlembagaan Majlis, tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola adalah seperti berikut :
|
|||||
9.1
|
Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah berbincang dengan
Setiausaha Agung MSSM. Sebolehnya kejohanan hendaklah diadakan semasa
cuti penggal persekolahan.
|
||||
9.2
|
Melantik pegawai-pegawai bertauliah yang diperlukan.
|
||||
9.3
|
Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang,
gelanggang, tempat penginapan, kenderaan dalam bandar, makanan dan
lain-lain yang berkaitan dan memberitahu kepada semua negeri nama dan
jenis alatan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pertandingan dimulakan.
|
||||
9.4
|
Jawatankuasa Pengelola tidak mengenakan sebarang deposit bayaran
penginapan dan segala kerosakan akan dituntut oleh Jawatankuasa
Pengelola kepada negeri yang disahkan atau terbukti melakukan kerosakan
tersebut.
|
||||
9.5
|
Menjemput semua Setiausaha Agung / wakil MSSN hadir untuk menyaksikan cabutan undi.
|
||||
9.6
|
Menjemput Ketua Unit MSSM atau Penyelaras Permainan MSSM dan Pengerusi
Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pengelolaan dan Teknikal serta mengendalikan proses cabutan undi.
|
||||
9.7
|
Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan salinan minit mesyuarat kepada :-
|
||||
9.8
|
Mengedarkan segala surat pekeliling dan keputusan rasmi kepada :-
|
||||
9.9
|
Segala Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan kepada urus setia
MSSM secara bertulis atau lisan melalui Penyelaras Permainan sebaik
kejohanan tamat atau sehari selepas kejohanan untuk makluman urusetia
MSSM.
|
||||
9.10
|
Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan hendaklah dihantar
secara rasmi menggunakan format tertentu dalam masa 1 bulan selepas
tamat sesuatu kejohanan.
|
||||
PERATURAN 10 : SISTEM PERTANDINGAN
|
|||||
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-
|
|||||
10.1
|
Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
|
||||
10.1.1
|
Pusingan Pertama
Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C Keempat - Kumpulan D
|
||||
10.1.2
|
Pusingan Kedua (Suku Akhir)
|
||||
10.2 |
Cara Liga Tiga Kumpulan |
||||
10.2.1
|
Pusingan Pertama
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu
|
||||
10.2.2
|
Pusingan Kedua
|
||||
10.2.2
|
Pusingan Separuh Akhir
|
||||
10.2.3
|
Pusingan Akhir
|
||||
10.3 |
Cara Liga 2 kumpulan. |
||||
10.3.1
|
Pusingan Pertama
|
||||
10.3.2
|
Pusingan kedua
|
||||
10.3.3
|
Pusingan Akhir
|
||||
10.4 |
Cara Liga Satu Kumpulan |
||||
10.4.1
|
Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan
akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat mata
tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.
|
||||
10.4.2
|
Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian pertandingan tidak akan dilangsungkan.
|
||||
PERATURAN 11 : MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
|
|||||
11.1
|
Pasukan/Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian
dalam sesuatu kejohanan tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk
sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut sekiranya melanggar
peraturan ini.
|
||||
11.2
|
Sekiranya ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
dimainkan oleh pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut
tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib
akan diambil ke atas pasukan yang berkenaan.
|
||||
PERATURAN 12 : BANTAHAN
|
|||||
12.1
|
Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.
|
||||
12.2
|
Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta
atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara
tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
|
||||
12.3
|
Bantahan berhubung dengan permainan dalam acara-acara yang sedang
dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat
daripada :
|
||||
12.4
|
Semua bantahan acara individu hendaklah disertakan dengan wang
pertaruhan bagi acara individu sebanyak RM200.00 (Ringgit : Dua Ratus
sahaja) dan acara berpasukan RM300.00 (Ringgit : Tiga Ratus sahaja).
Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak
berasas.
|
||||
12.5
|
Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis serta
dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
|
||||
12.6
|
Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:
|
||||
PERATURAN 13 : JURI RAYUAN |
|||||
13.1
|
Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang
(maksimum) melainkan bagi Balapan dan Padang (Olahraga) dan Akuatik.
|
||||
13.1.1
|
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya
|
||||
13.1.2
|
Penyelaras Permainan MSSM
|
||||
13.1.4
|
5 orang Pengurus Pasukan MSSN yang berdaftar yang tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan
|
||||
13.1.5
|
Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan - Ex-Officio
|
||||
13.2 |
Juri Rayuan bertanggungjawab untuk : |
||||
13.2.1
|
Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai kejohanan
yang berkenaan bagi semua perkara kejohanan dijalankan seperti berikut:
|
||||
13.2.2
|
Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku
kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara
bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dengan
membuat cadangan yang wajar untuk tindakan selanjutnya.
|
||||
13.2.3
|
Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN
atau MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan
kepada Persatuan Permainan yang berkenaan.
|
||||
13.3
|
Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan
kepada yang berkenaan termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya
adalah muktamad.
|
||||
PERATURAN 14 : LEMBAGA TATATERTIB
|
|||||
14.1
|
Lembaga ini terdiri daripada
|
||||
14.1.1
|
Pengarah BS (Setiausaha Agung MSSM) atau wakilnya
|
||||
14.1.2
|
Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya.
|
||||
14.1.3
|
Yang DiPertua MSSN Pengelola atau wakilnya. 3 orang Setiausaha Agung MSSN yang tidak terlibat dengan kes tersebut.
|
||||
14.1.4
|
Setiausaha Jawatan Kuasa Pengelola – Ex-Officio.
|
||||
14.2
|
Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan Juri
Rayuan dan membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya,
jika perlu.
|
||||
PERATURAN 15 : MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN
|
|||||
15.1
|
Semua pegawai dan peserta pasukan MSSN yang menyertai pertandingan
permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri :
|
||||
15.2
|
Jika terdapat MSSN yang tidak mematuhi peraturan ini tanpa sebab
munasabah, tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah
memaklumkan kepada urus setia MSSM serta Pengarah Pelajaran Negeri
berkenaan supaya tindakan diambil terhadap pengurusan pasukan.
|
||||
PERATURAN 16 : KESELAMATAN
|
|||||
16.1
|
Semua pegawai dan peserta MSSN yang menyertai kejohanan MSSM hendaklah dilindungi insurans.
|
||||
16.2
|
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan,
kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau
sebarang kecederaan lain berlaku.
|
||||
16.3
|
Jawatankuasa Pengelola sentiasa memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang diperlukan
sepanjang masa kejohanan tesebut.
Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan
peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
|
||||
16.4
|
Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.
|
||||
PERATURAN 17 : PENYALAHGUNAAN DADAH
|
|||||
17.1
|
Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah merbahaya adalah diharamkan.
|
||||
PERATURAN 18 : KENYATAAN AKHBAR
|
|||||
18.1
|
Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan MSSM dilarang
membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak kecuali
dengan kebenaran.
|
||||
18.2
|
Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan.
|
||||
PERATURAN 19 : PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
|
|||||
19.1
|
Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi dan dibaca secara bersama. Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi.
|
||||
19.2
|
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
|
||||
LAMPIRAN BERSAMA PERATURAN AM MSSM
|
|||||
Lampiran A:
Pecahan Bilangan Pegawai Kontinjen MSS Negeri (Bilangan pengadil untuk Acara Merentas Desa Rujuk lampiran berkenaan) |
|||||
Lampiran B:
Dokumen Sokongan Yang Perlu Diserah Bersama Borang R 01 & M 01 ( Perkara 1.4) Rujuk lampiran berkenaan |
|||||
Borang R01 & M01 : Borang Pendaftaran Individu
|
|||||
Borang R02 & M02 : Borang Pendaftaran Pasukan
|
|||||
Lampiran B |
|||||
DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN ATLET PERLU DISERAH BERSAMA BORANG R 01 DAN M 01 |
|||||
(Peserta tidak layak mengambil bahagian dalam Kejohanan MSSM
sekiranya Borang R01 / M 01 tidak lengkap maklumatnya selepas tamatnya
Mesyuarat Pengurus Pasukan )
|
|||||
1.
|
SEKOLAH HARIAN
|
||||
1.1
|
Murid Sekolah Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
1.2
|
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
1.3
|
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
2. |
SEKOLAH SWASTA / AGENSI KERAJAAN LAIN |
||||
2.1
|
Murid Sekolah Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
2.2
|
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
2.3
|
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
3. |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA / AKADEMI PERMAINAN KEBANGSAAN |
||||
Surat pengesahan pelepasan daripada Sekolah Sukan Malaysia / Akademi Permainan Kebangsaan untuk pelajar mewakili MSSN. |
|||||
3.1
|
Murid Sekolah Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
3.2
|
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
|||||
3.3
|
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah)
|
||||
|
Tuesday, 16 July 2013
PERATURAN AM MSSM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment