Assalam buat semua sahabat dan kawan - kawan seperjuangan.. moga tahun 2019 ini memberikan kita lebih makna.. Moga kita semua dikurniakan kekuatan untuk terus berbakti dan mendidik anak bangsa kita seterusnya memertabatkan lagi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ini dimata dunia..
Moga Allah sentiasa bersama kita...InsyaAllah..
Sekiranya ada perkongsian yang cikgu-cikgu ingin kogsikan bersama bolehlah emailkan pada saya : panitiapendidikanjasmani@gmail.com...
Moga bahan yang dikongsikan nati memberikan manafaat kepada kita semua...
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa cikgu-cikgu semua...
Tuesday, 1 January 2019
Wednesday, 1 November 2017
SALAM NOVEMBER 2017
Assalam dan salam sejahtera...
Setelah sekian lama saya tidak berkongsikan maklumat-maklumat terkini mengenai panitia dan juga berkaitan sukan di blog saya ni...Insya Allah saya akan update maklumat-maklumat terkini yang mungkin boleh membantu anda semua ...
Saya mohon maaf pada kawan2 yang mohon download bahan2 dari blog saya yang mungkin ada yang kena mohon request dari saya dahulu...
Insya Alah lepas ni saya akan benarkan sesiapa sahaja untuk download bahan yang saya kongsikan...
insya allah..

Wednesday, 23 October 2013
Body Types & Build
Success as an athlete comes from a combination of athletic
ability and our body build. The three components of body build are type, size
and composition. A system, developed by W.H. Sheldon (c.1940)[2], uses the terms ectomorph,
endomorph, or mesomorph to describe the body build of an individual.
Body Type
There are three extremes of body types.
Endomorph
Endomorph (711)
|
An endomorphic individual
typically has short arms and legs and a large amount of mass on their
frame. Their mass hampers their ability to compete in sports
requiring high levels of agility or speed and perform sustained weight bearing aerobic activities such as running. Sports of pure strength, like power
lifting, are perfect for an endomorph. They can gain weight easily and lose condition quickly if training stops.
Sports Benefits
- Size benefits sports such as rugby where bulk is useful, provided it can be moved powerfully
- Tend to have large lung capacity which can make them suited to sports such as rowing
- They can increase muscle mass much more easily than ectomorphs
Mesomorph
Mesomorph (171)
|
A mesomorphic individual excels
in strength, agility, and speed. Their medium structure and
height,
along with their tendency to gain muscle and strength easily
makes them a
strong candidate for a top athlete in any sport. They can
sustain low body fat levels and find it easy to lose and gain weight.
Sports Benefits
- Respond well to cardiovascular and resistance training
- Can sustain low body fat levels
- All muscle groups can be used to derive positive training adoption
- Dependent on the sports' needs they can easily gain or lose weight
Ectomorph
Ectomorph (117)
|
A predominantly ectomorphic individual is long,
slender and thin, and therefore power and strength sports are perhaps
not suitable as their slight build leaves them susceptible to
injuries. While they can easily get lean and hard, their lack of musculature
severely limits their chances in sports requiring mass. Ectomorphs
dominate endurance sports and gymnastics. They can archive low levels of body fat which can be detrimental to health and for females in endurance sports it can result in a cessation of periods and iron deficiency.
Sports Benefits
- Light frame makes them suited for aerobic activity like gymnastics
- Smaller body surface area also enhances their suitability for endurance activity
- Their body is better at thermo regulation, important in endurance based sports
Somatotype
Sheldon evaluated the degree a body type was present on a 1 to 7 scale where 1 is the minimum and 7 is the maximum.
All athletes are made up of the three extreme body types so we are
all part endomorph, part mesomorph and part ectomorph. Using a score of one to
seven, we can grade our bodies on each of the extreme body types. e.g. two,
six, three means: two (low endomorphy); six (high mesomorphy); three (low
ectomorphy). In this way, we can compare our body type with that of other
athletes. This method of body typing is known as somatotyping - height is not
taken into consideration.
The "perfect" bodybuilder would perhaps be a
173, while 475 might
be better suited for football, and 147 a basketball player.
Having scores in multiple body types, for instance the football player's
475, does not mean he has all of the traits of each body type
mixed together.
It may mean he has the heavy thick build of the Endomorph
combined with
superior musculature and strength of the Mesomorph, with the
above average
height of the Ectomorph.
Greek researchers Bayios et al. (2006)[1]
evaluated 518 elite Greek basketball, volleyball and handball players.
Their results indicated the following somatotypes (endomorph, mesomorph
& ectomorph) for each sport:
| Sport | Endomorph | Mesomorph | Ectomorph |
| Volleyball players | 3.4 | 2.7 | 2.9 |
| Basketball players | 3.7 | 2.7 | 2.9 |
| Handball players | 4.2 | 4.7 | 1.8 |
copyright from : http://www.brianmac.co.uk/bodytype.htm
Wednesday, 28 August 2013
KECERGASAN FIZIKAL
BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR
KetangkasanKeupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.
Kuasa
Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.
Imbangan
Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).
Masa Reaksi
Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
Kelajuan
Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.
Koordinasi
Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.
BERLANDASKAN KESIHATAN
Komposisi BadanKadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.
Fleksibiliti
Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi.
Daya Tahan Kardiovaskular
Keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.
Kekuatan Otot
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
Daya Tahan Otot
Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.
LATIHAN LITAR
Latihan Litar
Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England.
Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan dilakukan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana melibatkan otot-otot yang berlainan.
Objektif latihan
- Meningkatkan daya tahan otot
- Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.
- Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan
- Membina daya tahan kardiovascular
- Latihan berasaskan prinsip lebihan beban
- Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak
- Jangka latihan singkat
- Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian
- Memberi kebebasan kepada individu berlatih mengikut kemampuannya
- Keputusan cepat diperolehi.
- Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif
- Kaedah perlakuan mestilah betul dan diselaraskan
- Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang sama
- Peserta melakukan aktiviti secara berterusan
- Tekan tubi
- Bangun tubi
- Lari ulang alik
- Burpee
- Skipping
- Lompat selang seli (alternate split jump)
- Jack knife
- Angkat kaki
Latihan Plyometrik
Definisi
Plyometrik ialah sejenis latihan tubi yang amat sesuai untuk menghasilkan otot kuasa letupan seperti latihan lompatan yang sangat diperlukan untuk acara sukan yang memerlukan kuasa letupan. Latihan plyometrik memerlukan banyak rutin melompat dan melantun. Teknik untuk melakukan aktiviti-aktiviti plyometrik ialah melompat, mendarat, dan melonjak. Latihan ini dibuat melintasi bangku atau kon atau melompat ketingting dan melantun di rungan yang ada. Ahli-ahli sukan dilatih untuk mencuba mengurangkan masa yang digunakan untuk penukaran arah kelajuan masa dan kuasa.
Konsep
Latihan plyometrik dapat membina kecepatan otot untuk mengecut maksima dalam masa singkat. Dapat membentuk keanjalan otot iaitu faktor terpenting untuk kuasa. Pendaratan daripada aktiviti lompatan akan memaksa otot di bahagian kaki merenggang dengan penuh tekanan dalam masa yang singkat. Ini merupakan asas kepada pembentukan kekuatan.
Objektif
Membina dan meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot. Keupayaan mengeluarkan kuasa dalam masa yang singkat. Membina dan meningkatkan koordinasi. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
Prosedur
Tentukan intensiti latihan terlebih dahulu. Ambilkan kadar latihan. Memanaskan badan. Tunjukcara lakuan aktiviti. Tempatkan subjek dan pembantu di stesen masing-masing. Tentukan juga masa rehat antara set yang bernisbah 1:2 atau 1:3.
Prinsip-prinsip
Intensiti
Beri lebih penekanan daya kepada bahagian otot yang hendak di tumpu.
Ulangan
Semakin banyak ulangan yang diberi, semakin cepat dan berkesan sesuatu latihan.
Kekerapan
Sekiranya intensiti tinggi, kekerapan perlu dikurangkan supaya tidak mendatangkan kecederaan otot dan begitulah sebaliknya.
Pengkhususan
Pengkhususan hendaklah ditumpukan kepada keperluan objektif yang hendak dicapai. Contoh untuk membina kekuatan melompat maka tumpuan hendaklah diberi kepada bahagian otot kaki.
Variasi
Variasi latihan perlu dibuat samada variasi dari segi masa, tempat, ulangan atau kekerapan untuk menngelakkan kejemuan sehingga menjejaskan objektif.
Jenis-jenis latihan plyometrik
Melantun dengan dua belah kaki (lompat jauh)
Prosedur :
Melonjak kuat ke hadapan dan ke atas sambil menghayun lengan ke hadapan. Mendarat segera dan melonjak semula.
Melantun kaki bergilir-gilir
Prosedur :
Tangan di belakang kepala, melonjak seberapa jauh dan tinggi yang boleh sebelum mendarat di atas sebelah kaki.
Lompatan pantas kedua-dua belah kaki
Prosedur :
Melonjak dan menghayun ke atas seberapa tinggi dan lutut di bawa ke dada, mendarat kemudian melonjak semula.
Skip
Prosedur :
Cuba “terapung” dengan melonjak sebelah kaki kehadapan dan sebelah kaki ke belakang. Hayunan tangan kehadapan dan ke atas.
Lompat kangkang
Prosedur :
Tapak tangan di belakang kepala. Melonjak seberapa tinggi yang boleh, mendarat dengan membengkokkan kaki ke hadapan dan melonjak semula.
Lompat naik dan turun
Prosedur :
Melompat dengan dua belah kaki melepasi kotak yang diletakkan berjarak. Lompatan diteruskan, mendarat dan seterusnya sehingga selesai.
Double leg jump
Prosedur :
Melompat dua belah kaki ke atas kotak. Turun dari kotak, mendarat dua belah kaki dan naik ke kotak kedua, turun dan seterusnya. Buat 8 ulangan iaitu 3 set. Ketinggian kotak : 36 inci.
Horizontal swing.
Prosedur :
Memegang beban, membuat hayunan kekiri, kanan dan kebelakang. Buat 12 ulangan 3 set. Berat beban : 10 kg.
One leg zig-zag
Prosedur :
Melompat rintangan berbentuk zig-zag. Buat 8 ulangan/3 set. Ketinggian halangan ; 36 inci
Tuesday, 23 July 2013
LATIHAN FARTLEK
Latihan Fartlek berasal dari negara
Sweeden.Nama ‘Fartlek’ ini adalah diberikan oleh jurulatih olahraga yang
bernama Gosta Hosmer pada tahun 1948.Latihan ini dirancang dengan tujuan untuk
membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot.
Latihan Fartlek juga bermaksud ‘speed
play’ kerana ia melibatkan larian yang laju dan larian yang perlahan secara
berselang seli.Semasa menjalankan aktiviti ini,individu akan menukar kelajuan
mengikut keadaan dan kemampuan diri sendiri.
Latihan fartlek juga adalah lebih baik
daripada latihan yang formal kerana ia
boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan untuk menimbulkan keseronokan di kalangan altit.Selain daripada itu,seseorang
perlu mempunyai ketahanan dan ketabahan dalam menjalannkan latihan Fartlek.
Objektif Latihan Fartlek
1.
Membina
serta menningkatkan keupayaan sisten aerobik dann anaerobic
2.
Meningkatkan
serta mengekalkan daya tahan kardiovaskular atlit
3.
Menningkatkan
daya tahan otot.
Sistem tenaga yang banyak diperlukan dalam
menjalankan aktiviti fartlek ini ialah sistemm tenaga :
1.
Sistem
tenaga aerobik (sebagai tenaga dominan)
2.
ATP
– PC
3.
Asid
Laktik
Rasional Memilih Latihan Fartlek:
1.
Latihan
ini sesuai digunakan untuk membina system tenaga aerobik dan anaerobic.
2.
Sesuai
untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan atlit.
3.
Dapat
menguranngkan rasa jemu kerana menggunakan variasi kelajuan serta lokasi
latihan yang berbeza.
4.
Latihan
ini adalah kurang tekanan daripada segi psikologi dan fizikal kerana atlit
boleh melakukannya berdasarkan kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Prinsip Latihan Fartlek
1.
Jarak
dan masa latihan kurang dipentingkan dan ia bebas ditentukan oleh atlit
mengikut kemampuan sendiri.
2.
Masa
rehat antara latihan adalah rehat aktif,iaitu berjalan atau jog perlahan-lahan.
3.
Selepas
rehat aktif,larian akan disambung semula sebelum pemulihan sepennuhnya berlaku
4.
Peningkatan
latihan adalah dilakukan secara beransur maju.
a.
Berlari
secara perlahan-lahan
b.
Lari
turun/naik anak tangga
c.
Striding
(Olahraga)
d.
Lari
pecut
e.
Berjalan
rancak
f.
Bounding
g.
Aktiviti
Kalistenik
h.
Skipping
Latihan
Tekanan (Resistant Training)
Latihan
tekanan merupakan sejenis latihan latih tubi yang mengambil sebahagian situasi
permainan sebenar atau perlakuan kemahiran
tertentu sebagai aktiviti latihan, dan kebiasaannya ia dilakukan selepas
seseorang atlit tersebut telah cekap dalam kemahiran tersebut. Latihan tekanan
adalah berintensiti tinggi dan ia memberi tekanan kepada system
kardiovaskular,daya tahan otot serta kepada kecergasan umum seperti
kepantasan,kelajuan,kekuatan,koordinasi dan kelembutan seseorang atlit
tersebut.Selain itu,latihan ini juga dapat meningkatkan keyakinan atlit dan
membiasakan dengan situasi sebenar permainan atau pertandingan yang bakal
disertai.
Rasional Latihan
Pemain
atau atlit akan dapat menyesuaikan diri serta merasai tekanan seakan-akan
situasi sebenar permainan sekiranya dia didedahkan kepada latihan ini. Ini akan
membantu jurulatih serta atlit sendiri mengenal pasti akan kelemahan serta kekurangan
dalam aspek kemahiran yang perlu diperbaiki.
Objektif Latihan
1.
Membina
dan meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular serta daya tahan otot
2.
Mengekalkan
serta meningkatkan tahap kemahiran spesifik dalam sesuatu permainan serta
memperbaiki kelemahan yang dikenalpasi sewaktu latihan ini.
3.
Meningkatkan
tahap kecergasan fizikal iaitu kepantasan,kekuatan,kelajuan,masa reaksi serta
koordinasi.
Prinsip Latihan
1. Atllit
perlu melakukan kerja sehingga mencapai tahap sub-maksima dengan melakukan seberapa
banyak ulangan yang boleh sehingga prestasinnya menurun atau berasa letih.
2.
Atlit
diberi rehat yang secukupnya sebelum melakukan set yang seterusnya
(seboleh-bolehnya kadar nadi mencapai 120 kali per minit)
3.
Teknik
dan lakuan yang betul diutamakan dalam latihan walaupun dalam situasi yang
tertekan .Disebabkan perkara ini,latihan tekanan biasanya digunakan selepas
seseorang pemain atau atlit itu telah mencapai tahap kemahiran yang tinggi atau
sederhana tinggi.
Prosedur Latihan Tekanan
1.
Aktiviti
memanaskan badan adalah perlu sebelum memulakan aktiviti latihan tekanan untuk
mengurangkan risiko kecederaan yang serius.
2.
Aktiviti-aktiviti
yang dipilih mestilah memberi tekanan dalam aspek kemahiran.
3.
Ulangan
set atau masa ditentukan semasa aktiviti-aktiviti dilakukan.
4.
Aktiviti-aktiviti
dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan.
5.
Setiap
pelaku melakukan latihan tekanan berterusan secara bergilir-gilir
6.
Dalam
program latihan yang akan dikendalikan ini,empat aktiviti dilakukan oleh satu
kumpulan pada setiap kali latihan.Aktiviti itu dilakukan ke tahap maksimum
kebolehan atlit. Pelaku perlu berehat sehingga kadar nadi turun sehingga 120
kali seminit.Tekanan sentiasa diberikan dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
Kaedah Latihan
1.
Untuk
latihan ini ,padang atau gelanggang adalah sangat sesuai digunakan.
2.
Dalam
satu sesi latihan dua atau lebih jenis kemahiran atau aktiviti boleh
dijalankan.
3.
Kesemua
aktiviti latihan ditentukan oleh kemampuan atau keupayaan atlet masing-masing.
4.
Atlit-atlit
dibahagikann dalam kumpulan kecil untuk memudahkan jurulatih menyelia kelemahan
yang ketara sewaktu latihan ini.
5.
Ulangan
set latihan ditentukan oleh kemampuan atau keupayaan atlit masing-masing.
Panduan Mengadakan Aktiviti-aktiviti Latihan Tekanan
1.
Aktiviti-aktiviti
memanaskan badan dan regangan sangat perlu dilakukan sebelum memulakan latihan
tekanan tersebut.
2.
Latihan
ini menggabungkan beberapa aktiviti kemahiran memandangkan latihan tekanann ini
adalah sangat sesuai untuk fasa persediaan khusus atau fasa pra pertandingan.
3.
Aktiviti
yang dipilih haruslah berkait dengan permainan yang dipilih.
4.
Aktiviti
yang dijalankann mestilah berterusan dari satu aktiviti-ke satu aktiviti yang
lain dengan memberi rehat yang secukupnya.
PERANAN AHLI MAJLIS SUKAN SEKOLAH
GURU BESAR / PENGETUA
- Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta menyediakan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.
· Mendapatkan maklumat daripada guru-guru berkaitan kebolehan, kecenderungan dan pengalaman yang ada pada guru-guru.
· Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan perancangan dan agenda sistem sukan di sekolah.
· Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang akan dijalankan.
· Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu sukan / permainan dijalankan.
PK KOKURIKULUM
· Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang sukan.
· Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.
· Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.
· Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru.
· Memastikan pelaksanaan aktiviti.
· Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.
· Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak pengurusan lebih tinggi (Guru Besar Pengetua, PPD, JPN, KPM).
· Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
· Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.
SETIAUSAHA SUKAN
· Merancang program sukan secara keseluruhan.
· Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta aktiviti dan program pembangunan sukan.
· Membantu guru gesar / pengetua dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaik-baiknya dibuat
penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
· Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
· Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.
· Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.
· Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan.
· Menyediakan papan maklumat berkenaan dengan aktiviti sukan di sekolah.
· Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang diperlukan.
· Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
· Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan dan kemudahan sukan.
· Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)” penggunaan
peralatan sukan.
· Mewakili guru besar / pengetua bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan mengikut keperluan dan arahan guru besar / pengetua.
· Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta memastikan
peraturan dipatuhi.
· Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti sukan di sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya dalam satu sistem pelaporan.
· Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem rekod.
· Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan HEM / penolong kanan Kokurikulum
hal-hal berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
· Tugas- tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.
KETUA GURU RUMAH SUKAN
· Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
· Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.
· Membuat mesyuarat agung rumah sukan.
· Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar.
· Mengendalikan secara bersama dengan setiausaha sukan aktiviti sukan di sekolah.
· Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod
· Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.
GURU RUMAH SUKAN
· Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
· Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
· Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah.
· Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau setiausaha sukan.
· Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
· Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
· Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan menjalankan hal-hal pengurusan rumah sukan.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / pengetua dari semasa ke semasa.
GURU PENASIHAT PERMAINAN
· Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah.
· Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan (jika berkaitan).
· Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah.
· Merancang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
· Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih berkemahiran.
· Memastikan dan berusaha boleh dijadikan tempat rujukan pelajar bagi peraturan-peraturan dan kemahiran asas permainan.
· Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim dan jadual yang ditetapkan.
· Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.
· Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.
· Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan.
· Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk semua aktiviti yang dijalankan.
· Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandingan (perlawanan) yang disertai.
· Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan pasukan.
· Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan peralatan.
· Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan.
· Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
· Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkat kualiti pasukan.

Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani
Pengenalan :
Pendidikan melalui jasmani di mana
banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti
jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program
kegiatan fizikal yang berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan,
tarian dan latihan lazimnya diajar dan dilatih. Ada pula definisi yang
mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang
bukan berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti,
persatuan belia dan sebagainya. Komponen utamanya adalah
aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran.
Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan, kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan tingkah laku moral melalui aktiviti jasmani.
Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal.
Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan Jasmani.
Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982) meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama. Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah ‘Game Sense’ (den Duyn, 1997), ‘Games for Understanding’ (Bunker & Thorpe, 1982), ‘Play Practice’ (Launder, 2001) dan ‘Games Concept Approach’ (Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003).
Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk “kanak-kanak” yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif.

copy from http://notapendidikanjasmani.blogspot.com
Thursday, 18 July 2013
PROSEDUR PELAKSANAAN SEGAK
SEGAK
– STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN
APAKAH
SEGAK?
# PROGRAM PENILAIAN
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG SELARI
DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH
RENDAH DAN MENENGAH.
MATLAMAT
# MURID SENTIASA
PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN
MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.
UJIAN-UJIAN
SEGAK
1.
NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
2.
TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
3.
RINGKUK TUBI SEPARA
4.
JANGKAUAN MELUNJUR
UJIAN MESTI DI
SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN
1 - NAIK TURUN BANGKU
(3
MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
PROSEDUR
-
Murid memakai kasut sukan yang sesuai
-
Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau
kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
bangku.
-
Penguji akan memberi isyarat “mula”
-
Murid melakukan pergerakan naik dan
turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan
kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
-
Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome - 96
detik/minit selama 3 minit
-
Selepas tamat murid dikehendaki duduk
serta merta
-
Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
3 minit,
skor murid ini dibatalkan#
UJIAN
2 - TEKAN TUBI
(1
MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat
badan disokong oleh tangan
yang lurus dan
dan
jari-jari kaki. Badan
diluruskan
-
Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
-
Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
-
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
-
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
-
Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN
2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat
badan disokong oleh tangan
yang lurus dan
lutut yang bengkok. Kaki
bersilang.
Badan diluruskan
-
Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
-
Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
-
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
-
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
-
Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN
3 - RINGKUK TUBI SEPARA
(1
MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PROSEDUR
- Ujian ini dijalankan dengan
murid memakai
kasut yang
sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
darjah dan
tumit dan kaki sentiasa
menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
hujung jari
menyentuh bahagian luar pelekat
pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
diangkat
supaya jari tengah kedua-dua
tangan
menyentuh bahagian luar pelekat
kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
rata dan jari tengah pada
kedudukan asal
(ulang prosedur 4)
sebelum melakukan
ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome
dengan
kadar 50
detik/minit selama 1 minit
- Murid B mengira ulangan perlakuan
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat
UJIAN
4 - JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN : MENGUKUR
FLEKSIBILITI
PROSEDUR
-
Murid
duduk melunjur tanpa kasut.
-
Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
-
Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
-
Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
-
Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang
mungkin atas pita
pengukur.
-
Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
-
Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
–
Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
-
Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
-
Murid yang membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)