SEGAK
– STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN
APAKAH
SEGAK?
# PROGRAM PENILAIAN
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG SELARI
DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH
RENDAH DAN MENENGAH.
MATLAMAT
# MURID SENTIASA
PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN
MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.
UJIAN-UJIAN
SEGAK
1.
NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
2.
TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
3.
RINGKUK TUBI SEPARA
4.
JANGKAUAN MELUNJUR
UJIAN MESTI DI
SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN
1 - NAIK TURUN BANGKU
(3
MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
PROSEDUR
-
Murid memakai kasut sukan yang sesuai
-
Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau
kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
bangku.
-
Penguji akan memberi isyarat “mula”
-
Murid melakukan pergerakan naik dan
turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan
kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
-
Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome - 96
detik/minit selama 3 minit
-
Selepas tamat murid dikehendaki duduk
serta merta
-
Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
3 minit,
skor murid ini dibatalkan#
UJIAN
2 - TEKAN TUBI
(1
MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat
badan disokong oleh tangan
yang lurus dan
dan
jari-jari kaki. Badan
diluruskan
-
Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
-
Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
-
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
-
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
-
Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN
2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat
badan disokong oleh tangan
yang lurus dan
lutut yang bengkok. Kaki
bersilang.
Badan diluruskan
-
Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
-
Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
-
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
-
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
-
Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN
3 - RINGKUK TUBI SEPARA
(1
MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PROSEDUR
- Ujian ini dijalankan dengan
murid memakai
kasut yang
sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
darjah dan
tumit dan kaki sentiasa
menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
hujung jari
menyentuh bahagian luar pelekat
pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
diangkat
supaya jari tengah kedua-dua
tangan
menyentuh bahagian luar pelekat
kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
rata dan jari tengah pada
kedudukan asal
(ulang prosedur 4)
sebelum melakukan
ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome
dengan
kadar 50
detik/minit selama 1 minit
- Murid B mengira ulangan perlakuan
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat
UJIAN
4 - JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN : MENGUKUR
FLEKSIBILITI
PROSEDUR
-
Murid
duduk melunjur tanpa kasut.
-
Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
-
Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
-
Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
-
Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang
mungkin atas pita
pengukur.
-
Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
-
Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
–
Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
-
Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
-
Murid yang membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.
Perkongsian yg amat berguna.Syabas
ReplyDeletecamna nak kira skor jika jumlah srmua aktiviti adalah 150 sdgkan skor keseluruhan hanya 18-20
ReplyDeleteBolehkah murid lain membantu menolak belakang murid yg melakukan jangkauan melunjur untuk mendapatkan bacaan yg lebih jauh?
ReplyDeletetidak boleh kerana jangkauan melunjur adalah untuk menguji sejauh mana fleksibiliti pelajar itu sendiri
Deletegood sharing..
ReplyDeleteujian2 tu boleh dibuat secara rawak ? atau mesti mngikut urutan,,ujian 1 ujian 2 ujuan 3...
ReplyDeleteXiang
ReplyDelete